Berita Harian: Mutakhir

PROFILE

VISI SMK BAKUN



Sekolah Menengah Kebangsaan Bakun Menjadi Sekolah Unggul

Membangun Generasi Cemerlang




MISI SMK BAKUN



  1. 1        Mewujudkan iklim sekolah yang kondusif sebagai institusi pembelajaran yang                 berkesan.
  2. 2        Meningkatkan kemenjadian pelajar.
  3. 3        Memupuk budaya ilmu.
  4. 4        Mengamalkan budaya kerja yang cemerlang.
  5. 5        Meningkatkan kecemerlangan kokurikulum melalui pendekatan yang sistematik dan     inovatif.
  6. 6        Menyediakan persekitaran sekolah yang selamat.
  7.           Menjana potensi individual melalui pendidikan berkualiti.




LAGU SMK BAKUN

S.M.K Bakun berdiri megah
Pembela nusa membangun bangsa
S.M.K. Bakun gah di persada
Memayung setia anak bangsa

Semarakkan budaya berilmu
Timbalah terus janganlah jemu
Majulah bangsa kerana ilmu
Jadikannya tekad didadamu

Berkat doa ibu dan bapa
Serta usaha para guru
Lahirlah insan yang berguna
Untuk agama, bangsa, dan Negara

Kami pelajar S.M.K. Bakun
Bertekad ingin maju dan berjaya




 PIAGAM  PELANGGAN SMK BAKUN
  

Kami warga Sekolah Menengah Kebangsaan Bakun, Sungai Asap, Belaga, Sarawak dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan :
i.    Memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan mulai hari pertama sesi persekolahan bermula.
ii.   Memastikan buku teks SPBT diedarkan kepada pelajar dalam tempoh satu (1) minggu sebelum sesi persekolahan baru bermula.
iii. Memaklumkan mengenai sebarang program kepada pelajar dalam tempoh satu (1) minggu sebelum perlaksanaannya.
iv. Memaklumkan keputusan peperiksaan atau ujian dalam tempoh empat (4) minggu selepas tamat peperiksaan.
v.    Menyediakan enrolmen pelajar yang kemaskini dan tepat serta sahih setiap bulan.
vi.  Mendapat kebenaran ibu bapa atau penjaga dalam tempoh satu (1) minggu sebelum menyertai sebarang pertandingan.
vii. Memastikan maklumbalas kepada penyertaan dan aduan pelanggan mengenai displin dan pengurusan sekolah adalah  menepati tempoh-tempoh berikut :
a)     Akuan penerimaan dalam tempoh tiga (3) hari
b)     Maklum balas awal dalam tempoh empat belas (14) hari
c)      Laporan status aduan dalam tempoh tiga puluh (30) hari




LENCANA SMK BAKUN


  



Takrifan dan pengertian

Komputer dan Buku
Melambangkan perkembangan dinamik dalam sekolah, untuk bergerak seiring dengan arus globalisasi, iaitu pembelajaran berteraskan kemahiran mengaplikasi ICT, melahirkan iondividu yang berpotensi ke arah menghasilkan sistem pendidikan bertaraf dunia.
Empangan
Melambangkan sumber penjana tenaga utama bagi merancakkan lagi pembangunan kemudahan infrastruktur, ke arah mencapai kesejahteraan, kemakmuran, dan keharmonian seluruh entiti sekolah dalam menjayakan wawasan negara.
Lambang Perisai
Simbol perpaduan kaum dalam kalangan tenaga kerja dan pelajar.
Warna Jingga 
Kecemerlangan, keberanian, tekad.
Warna Biru
Perpaduan, kesatuan.
Warna Hijau
Keharmonian, kedamaian.
Warna Putih
Keikhlasan, kejujuran.