Berita Harian: Mutakhir

Monday 21 April 2014

KEMPEN JOM BACA BERSAMA 10 MINIT

TARIKH   : 22 April 2014
MASA      : 10.00 - 10.10 PG
TEMPAT  : DEWAN SERBAGUNA SMK BAKUN

Sebagai salah satu usaha ke arah membentuk masyarakat berilmu yang memartabatkan budaya membaca dan sebagai tanda sokongan kepada inisiatif yang dijalankan oleh "Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam SeMalaysia (MPAM), maka SMK Bakun telah  mengikuti  kempen "JOM BACA BERSAMA 10 MINIT". Kempen ini diadakan serentak diseluruh negara yang mana mensasarkan penyertaan 1JUTA penduduk Malaysia. 

Kempen ini telah disertai oleh semua pelajar dan juga guru-guru SMK Bakun. Semua pelajar dan guru telah membawa  bahan bacaan masing-masing untuk menjayakan kempen ini. Semua guru dan pelajar sangat teruja dan bersemangat untuk bersama-sama menbaca dalam masa 10 minit. Sesi PdP berjalan seperti biasa selepas tamat kempen tersebut.