Berita Harian: Mutakhir

Tuesday 22 April 2014

MAJLIS KESYUKURAN SPM 2013

TARIKH  : 3 APRIL 2013
MASA     : 6.00-9.00 PM
TEMPAT : DEWAN SERBAGUNA SMK BAKUN




SMK Bakun telah mengadakan Majlis Kesyukuran SPM 2013. Majlis ini telah di hadiri oleh dua orang ketua agama iaitu Pastor Cornie Bilong dari Sidang Injil Borneo dan Katekis Luhat dari Romen Katolik. Majlis ini diadakan khas untuk bekas pelajar SPM 2013 dan  calon SPM 2014 yang akan menduduki peperiksaan pada tahun ini. Majlis kesyukuran ini dilaksanakan kerana sebagai tanda penghargaan kepada bekas guru SPM 2013 yang telah banyak membantu para pelajar yang memperoleh pencapain yang membanggakan. Hal ini terbukti melalui keputusan peperiksaan SPM tahun lepas di mana sekolah ini berjaya mencapai peningkatan dalam SPM 2013 berbanding tahun 2012 yang mana penurunan di dalam GPS sekolah dari 6.43 pada 2012 menjadi 5.5 pada 2013. Jadi, pihak sekolah telah berbesar hati bagi memberi penghargaan kepada guru-guru SPM 2013 dengan mengadakan majlis kesyukuran SPM 2013. Majlis ini turut dihadiri oleh dua orang ketua agama dari Sidang Injil Borneo dan Romen Katolik bagi memberkati majlis kesyukuran SPM 2013. Pihak sekolah amat berbesar hati dengan kehadiran dua orang ketua agama bagi memberkati majlis kesyukuran SPM 2013.Sasaran program ini adalah  bagi calon SPM 2014, supaya menjadi sumber inspirasi kepada mereka untuk lebih berjaya bagi tahun ini.